Tentang Kami – Sama Sa(yangi) Ma(laysia)

Idea Sama Sama ditanggap kerana kita sama sama mencintai Malaysia. “Sama” bermakna serupa dan rata; kata gandanya, “Sama-sama”, ia bermaksud sepakat, bersama atau dalam konteks yang satu lagi, ia merupakan satu balasan apabila orang mengucapkan terima kasih.

Oleh itu, Sama SAyangi MAlaysia telah dipilih sebagai tema, dan semua aktiviti dan program yang terancang adalah untuk dirai semua, tanpa mengira jantina, kaum dan agama, atau umurnya.

what-is-sama-sama

Festival yang riang ria lagi cukup bermakna ini adalah disediakan kepada semua rakyat setulus ikhlas oleh Perbadanan Pelacongan Perak, supaya Hari Kebangsaan ini dapat disambut dan dirayakan oleh jelata rakyat; Hari Kebangsaan sememangnya mendefinasikan kita semua, yang bersepakat dan bersatu untuk mendapat kemerdekaan kita, sejak 61 tahun yang lalu sehingga hari ini, kita mengalu-alukan dan meraikan satu permulaan baru, yang dimiliki kita semua.

Sepanjang enam minggu, 12 Ogos hingga 16 Sep, iaitu pada hari yang sama tahun 1963, apabila Sabah (atau Borneo Utara masa itu) dan Sarawak telah bersekutu dengan Semenanjung Malaysia (Malaya pada masa itu) untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia. Jadi, pada 16 Sep 1963, kita telah bersekutu menjadi satu, di bawah satu konstitusi baru yang kita namakan Malaysia. Jadi, festival enam minggu ini adalah untuk merangkumi semua, untuk menaikkan semangat kekitaan yang bersama-sama meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Setiap Sabtu dan Ahad dari 12 Aug hingga 16 Sep, wajah setiap ceruk di Ipoh akan menjadi berseri-seri, dari subuh sampai malam, anda tentu akan sibuk berseronok dalam aktiviti-aktiviti yang penuh riang ria sekali!

Untuk membuka tirai, pihak penganjur telah menyediakan Sama-Sama Forum. Pelbagai jenis forum telah dirancang: ada yang mengenai Ipoh, adakah anda tertanya-tanya apakah masa depan Ipoh, walaupun anda sudah tahu zaman kegemilangan Ipoh yang lalu; sekiranya anda tidak minat sejarah, forum tentang seni tradisional atau tayangan wayang sudah tentu akan lebih menyeronokan.

Namun, bosan juga kalau asyik forum saja. Jadi, kita semua boleh Sama-sama Main. Sama-sama Main dirangcangakan untuk anda mengimbas kembali saat-saat manis zaman kanak-kanak dulu, di mana anda dan rakan-rakan anda bermain pepsi-cola, baling slipper dan ketingting bersama, gelak-ketawa bersama.

Itu pun belum cukup seronok, hayatilah pelbagai Bahasa dan dialek apabila anda berjalan melalui Kampung Ria dalam aktiviti Sama-Sama Ria. Persembahan tradisional, tarian dan seni pertahankan diri juga telah disediakan untuk menghiburkan anda.

Tetapi, sekiranya anda ingin menampilkan diri dalam sebarang persembahan, sertailah Sama-sama Zumba dan lenggokkan badan anda! Untuk anda yang lebih suka persukanan—Sama-sama Daki telah dirancang agar kita semua dapat menikmati alam semulajadi bersama!

Bagi menaikkan semangat lagi, Sama-sama Gema merupakan aktiviti genderang yang sudah pastinya akan mengkobarkan semangat kita bersama! Bucket drumming, beatbox, 24-season drum, box drum, Ipoh akan bergegar!

Sama-sama Suara telah menyediakan satu siri nyanyian dan koir, deklamasi sajak, dikir barat dan sebagainya yang berkenaan dengan seni suara untuk kita menikmatinya bersama.

Sama-sama Lakaran akan menonjolkan sekumpulan artis lakaran dan karya-karya mereka akan dipamerkan dalam sepanjang festival ini.

Enam minggu, satu festival, inilah satu-satunya majlis keramaian yang akan sentiasa dalam kenangan anda. Semuanya disediakan oleh Perbadanan Pelancongan Perak dengan ikhlasnya, untuk perayaan bersama.

Ayuh semua, marilah kita bersama-sama meraikan hari jadi Malaysia yang ke 61!