Sama Sama Skuad

By Sophia
become-volunteer

Inilah peluangnya bagi sesiapa yang ingin bersama-sama menjayakan majlis keramaian untuk meraikan hari jadi Malaysia ke 61 ini? Ramai sukarelawan yang kami perlukan: penunjuk tempat, petugas di tempat permainan, forum dan sebagainya. Bersatu kita teguh, dan pencapaiannya pun sungguh menakjubkan!

Sekiranya anda fasih bertutur Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin, Tamil, atau mana-mana dialek, anda dialu-alukan menyertai Sama-sama Skuad sukarela ini, dan kita akan bersama-sama mengumpulkan tenaga kita demi menjayakan festival ini.

Sila pilih mana-mana atau semua tarikh yang sesuai bagi anda:

  • 18 Ogos 2018, Sabtu: 2 petang – 12 tengah malam
  • 19 Ogos 2018, Ahad: 7 pagi – 5 petang
  • 25 Ogos 2018, Sabtu: 2 petang – 12 tengah malam
  • 1 September 2018, Sabtu: 2 petang – 12 tengah malam
  • 8 September 2018, Sabtu: 2 petang – 12 tengah malam

Selagi anda berumur 18 tahun ke atas, samada anda berpengalaman dalam sesuatu festival, dan anda bersemangat menjadi sukarelawan demi negara, demi negeri anda, untuk majlis keramaian yang hebat hangat, yang belum pernah ada di Ipoh ini, sertailah kami!

Cepat, isikan borang di sini.