Pilih Kategori
Cultural

Sama Sama Forum: Ipoh - Future City from The Past

cultural
Tarikh: Ahad, 12hb Ogos 2018
Masa: 10.30am - 1pm
Lokasi: 22 Hale Street

“Ipoh—Future City from The Past” tajuk yang jelas dengan sendirinya, mari kita bersama-sama mendengar pandangan daripada professional dalam bidang ini:

 
Cultural

Sama Sama Forum: A Strong Tradition to Build a Stronger Nation

cultural
Tarikh: Sabtu, 18hb Ogos 2018
Masa: 2pm - 5pm
Lokasi: Institut Darul Ridzuan

Mari kita bersama-sama meneliti bagaimana tradisi membentuk pemikiran dan tingkah laku kita, dan bagaimana tradisi mempengaruhi asal usul kita, supaya kita dapat melonjat tinggi. Rosnan Rahman dan Joseph V Gonzales ada jawapannya.

 
Movie

Sama Sama Tonton: Amir & Loqman Pergi Ke Laut

movies
Tarikh: Sabtu, 18hb Ogos 2018
Masa: Mulai 8.45pm
Lokasi: Medan Selera Dato Sagor

Penggambaran filem ini telah dibuat di Ipoh pada tahun 2014. Filem ini mengisahkan dua orang muda, Amir dan Loqman, yang mengimpikan kemewahan di dunia penjenayahan namun akhirnya sedar bahawa dunia glamor yang mereka cari adalah palsu semata-mata. Apabila mereka cuba meninggalkan kumpulan gengster, mereka terkejut bahawa mereka terpaksa membayar sejumlah wang yang besar untuk keluar.

 
Fitness

Sama Sama Zumba

fitness
Tarikh: Ahad, 19hb Ogos - 16hb September 2018
Masa: 7am - 10am
Lokasi: Lokasi Berlainan

Mulai 19 Ogos, lima hari Ahad yang berturut-turut, kita boleh bersenam bersama-sama dalam SAMA SAMA Zumba. Hidup cergas, badan sihat. Bagi anda yang lebih menyukai mendaki dan trekking, jom kita bersama menawan Polo Ground pada 19 Ogos. Bagi tarikh dan lokasi yang lain, layarilah informasi di bawah.

 
Fitness

Sama Sama Daki

fitness
Tarikh: Ahad, 26hb Ogos & 16hb September 2018
Masa: 7am - 10am
Lokasi: Multiple Locations

Bagi mereka yang mengemari rekreasi dan sukan luar, jom pergi mendaki bukit bersama-sama pada 26hb Ogos dan 16hb September 2018.

 
Cultural

Sama Sama Forum: Tourists Trails of Old Ipoh

cultural
Tarikh: Ahad, 19hb Ogos 2018
Masa: 2.30pm - 5pm
Lokasi: STG Ipoh Old Town

Ingin bersiar-siar merentasi masa di Bandar Lama Ipoh? Komander Ian Anderson akan membawa anda melalui jejak pelancong di Bandar Lama Ipoh, menemani anda menghayati semula zaman gemilang Ipoh.

 
Cultural

Sama Sama Lakar

cultural
Tarikh: Ahad, 19hb Ogos 2018
Masa: 9am - 4pm
Lokasi: Birch Memorial Clock Tower

Urban Sketchers ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan antarabangsa yang komited untuk memupuk sebuah komuniti global pelukis yang mempraktikkan penghasilan lakaran di lokasi.

 
HIGHLIGHT

Sama Sama Main

cultural
bazaar
games
movies
performances
Tarikh: Sabtu, 18hb Ogos 2018
Masa: 6pm - 12am
Lokasi: Birch Memorial Clock Tower

Sesuai sekali ia dipanggil Sama-Sama Main, aktiviti ini sememangnya dirancang untuk anda bermain bersama-sama, makan, minum kopi putih Ipoh dan berpesta pora. Permainan tradisional, permainan zaman kanak-kanak telah dirancang untuk anda. Pada masa yang sama, tayangan wayang bertajuk 'Amir & Loqman Pergi Ke Laut' akan diadakan, dan diikuti oleh perkongsian pendapat dan pengalaman oleh pengarah dan juga seniman Hassan Muthalib.

 
HIGHLIGHT

Sama Sama Ria

cultural
bazaar
games
movies
performances
Tarikh: Sabtu, 25hb Ogos 2018
Masa: 6pm - 12am
Lokasi: Ipoh Old Town (Jalan Dato Maharaja Rela)

Agak sesuai jika SAMA SAMA Ria diperikan sebagai pesta budaya jalanan. Datanglah bersama dan menyaksikan persembahan kebudayaan dan seni mempertahankan diri menghidupkan seluruh Ipoh: tarian tradisional, tarian singa dan silat. Hayatilah Bahasa dan dialek yang berlainan apabila anda tiba di Kampung Ria, dan hiasilah tangan anda dengan henna atau lukisan muka, juga jangan ketinggalan, jamu selera makanan-makanan tempatan.

Tunggu apa lagi, sertailah pelbagai bengkel untuk mengutip 16 mata (tiket bas) – anda layak mendapat hadiah PERCUMA patch mudah diseterika SAMA SAMA! Edisi terhad, stok juga terhad.

Datanglah segera!

 
Cultural

Sama Sama Forum: Story Telling and Open Mic

cultural
Tarikh: Ahad, 26hb Ogos 2018
Masa: 10.30am - 1pm
Lokasi: Perpustakaan Awam Negeri Perak

Masa untuk bercerita, jadi, sabar menunggu dan dengarkan dan nantikan kesudahan kisah, bagaimana kata-kata boleh bernyawa …

 
Cultural

Sama Sama Forum: Notions of the Nation in Malaysian Cinema

cultural
Tarikh: Ahad, 2hb September 2018
Masa: 10.30am - 1pm
Lokasi: 22 Hale Street

Filem bukan sekadar hiburan semata-mata. Ia juga bukan sekadar penzahiran satu bentuk seni. Filem juga pernah digunakan sebagai satu alat propaganda. Namun filem boleh membangkitkan semangat nasionalisme dalam sanubari rakyat sesebuah negara, memberi mereka harapan dan aspirasi membara dan memberi mereka inspirasi untuk berusaha mewujudkan masa hadapan yang lebih baik.

 
HIGHLIGHT

Sama Sama Gema

cultural
bazaar
games
movies
performances
Tarikh: Sabtu, 1hb September 2018
Masa: 8pm - 11pm
Lokasi: Taman Dr. Seenivasagam dan Kinta River Front

Irama waktu senja di sekitar Taman Dr. Seenivasagam dan Kinta River front akan berubah pada malam Sabtu ini, suasana akan dihidupkan dengan paluan gendang yang membangkitkan inspirasi, dirancakkan oleh alunan beg paip, anda dan keluarga anda serta sahabat handai mungkin ingin turut berlenggang-lenggok bersama-sama penari-penari tradisional.

Jom, cepat, paluan gendang tanda aluannya!

 
HIGHLIGHT

Sama Sama Suara

cultural
bazaar
games
movies
performances
Tarikh: Sabtu, 8hb September 2018
Masa: 8pm - 11pm
Lokasi: Taman Dr. Seenivasagam dan Kinta River Front

Seni suara akan benar-benar dipersembahkan pada Sabtu ini dalam segmen SAMA SAMA Suara. Anda akan dapat mendengar beratus-ratus rakyat Malaysia menyanyikan Sejahtera Malaysia dan akan dihiburkan oleh dendangan kumpulan-kumpulan koir, mendengar deklamasi puisi, atau ketawa berdekah-dekah dengan pelawak-pelawak yang berdiri di hadapan penonton.

Jadi, jangan lupa singgah di Taman Dr. Seenivasagam dan Kinta Riverfront dengan memakai pakaian berwarna merah, kuning, putih atau biru - ya, warna-warna Jalur Gemilang kita!

 
Movie

Sama Sama Tonton: Sepet

movies
Tarikh: Sabtu, 1hb September 2018
Masa: Mulai 8.45pm
Lokasi: Kinta River Front

Sebuah drama komedi romantis remaja arahan pengarah terkenal Yasmin Ahmad, filem Malaysia 2005 yang berlatarkan Ipoh ini menceritakan kisah cinta antara seorang pemuda Cina dan seorang gadis Melayu. Sepet adalah perkataan Melayu yang bermaksud kelopak mata orang Cina yang kecil.

 
Movie

Sama Sama Tonton: Adiwiraku

movies
Tarikh: Sabtu, 8hb September 2018
Masa: 6pm - 8pm
Lokasi: Home of Silveryouth

Adiwiraku ialah sebuah filem drama Malaysia 2017 yang berdasarkan sebuah kisah benar. Ia berkisar seorang guru yang gigih - Cheryl Ann Fernando, yang telah menemui cara mengajar pelajar-pelajarnya untuk bercakap dan menulis dalam Bahasa Inggeris semasa beliau mengajar di SMK Pinang Tunggal di Sungai Petani, Kedah.

Filem ini adalah arahan Eric Ong dan lakon layarnya ditulis bersama oleh Jason Chong, Yentanamera dan pelakon utama filem itu sendiri, Sangeeta Krishnasamy. Filem ini telah memenangi anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-29.

 
Cultural

Sama Sama Forum: TedxPetalingStreet

cultural
Tarikh: Ahad, 9hb September 2018
Masa: 10.30am - 1pm
Lokasi: Home of Silveryouth

Tiga pemuda yang berbakat akan berkongsi pengalaman mereka yang berharga dalam kerjaya mereka dan juga dalam penganjuran TEDxPetalingStreet, yang bermula dalam tahun 2013.

 
Cultural

Sama Sama Forum: In Yasmin's Eyes, This is Malaysia

cultural
Tarikh: Ahad, 16hb September 2018
Masa: 10.30am - 1.30pm
Lokasi: Home of Silveryouth

Dengan semangat ‘Malaysia Baru’, kami ingin menggunakan filem-filem almarhum Yasmin Ahmad, untuk mengaitkan rakyat Malaysia dengan hasrat membawa Malaysia ke masa hadapan yang lebih gemilang.

 
Cultural

Sama Sama Galeri

cultural
Tarikh: Setiap Hari, 1hb September - 30hb September 2018
Masa: 10.30am - 5pm
Lokasi: Home of Silveryouth

Apabila kita memperkatakan tentang asal usul, terdapat dua jenis - satu yang memberi kita kehidupan di bumi; dan satu lagi yang membolehkan kita bebas mengejar impian. Apabila anda berjalan melalui koridor Galeri SAMA SAMA, yang mempamerkan 2 Alam dan Loka Made, anda akan lihat sendiri.

 
Cultural

Sama Sama Forum: This is Malaysia

cultural
Tarikh: Sabtu, 15hb September 2018
Masa: 2pm - 5pm
Lokasi: 19 Jalan Tun Sambanthan

Sarah ialah seorang kartunis muda dan ilustrator yang berbakat dan pernah memenangi pelbagai anugerah. Beliau akan menyertai Sama Sama Forum bersama kita dan berkongsi pandangan dan perspektifnya mengenai 'This Malaysia' dalam sesi 3 jam yang singkat ini.