Cultural

Sama Sama Galeri

cultural
Tarikh: Setiap Hari, 1hb September - 30hb September 2018
Masa: 10.30am - 5pm
Lokasi: Home of Silveryouth

Apabila kita memperkatakan tentang asal usul, terdapat dua jenis - satu yang memberi kita kehidupan di bumi; dan satu lagi yang membolehkan kita bebas mengejar impian. Apabila anda berjalan melalui koridor Galeri SAMA SAMA, yang mempamerkan 2 Alam dan Loka Made, anda akan lihat sendiri.

 

Sama Sama Galeri

2 Alam memperlihatkan bahawa kehidupan - orang asal, hidupan liar, flora dan fauna, keseimbangan seluruh sistem ekologi - yang dilindungi sudur hutan hujan tropika akan terancam apabila tidak terdapat perancangan dan strategi dalam pembangunan mampan dan ekonomi hijau. Mari kita sama-sama dengar rintihan hutan kita dalam sesi perkongsian istimewa pada hujung minggu. Dan anda akan lihat.

Walaupun pembangunan itu penting, ia perlu difikirkan sebaik-baiknya dengan mengambil kira pelan kemampanan. Atau dengan perancangan untuk membangunkan minda, mengukuhkan struktur pemikiran, membolehkan kita memahami budaya kita sendiri dan melindunginya. Loka Made akan mempamerkan hasil karya ilustrasi yang mengandungi unsur-unsur Malaysia yang diberikan corak nada yang imaginatif. Apabila kita kenal asal usul kita, kita bebas. Kita akan mencapai impian.

Semasa berada di galeri, anda berpeluang memenangi* sebuah permainan susun suai gambar Loka Made bernilai RM148. Mudah sahaja :

1) Cari logo Merdeka 1996 dalam ilustrasi

2) Ambil gambar secara kreatif dan kongsikan di Instagram #lokamadeipoh

*tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat

Yang Dinanti-nantikan
 
2 Alam
 
LokaMade