Cultural

Sama Sama Lakar

cultural
Tarikh: Ahad, 19hb Ogos 2018
Masa: 9am - 4pm
Lokasi: Birch Memorial Clock Tower

Urban Sketchers ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan antarabangsa yang komited untuk memupuk sebuah komuniti global pelukis yang mempraktikkan penghasilan lakaran di lokasi.

 

Sama Sama Lakar

Urban Sketchers ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan antarabangsa yang komited untuk memupuk sebuah komuniti global pelukis yang mempraktikkan penghasilan lakaran di lokasi. Misi organisasi itu ialah untuk meningkatkan nilai artistik, penceritaan dan pendidikan bagi lakaran di lokasi, menggalakkan amalan tersebut dan menghubungkaitkan manusia di seluruh dunia yang melukis di lokasi tempat tinggal mereka dan tempat-tempat yang mereka kunjungi.

Pergerakan ini telah dimulakan oleh seorang wartawan dan ilustrator yang berpusat di Seattle, Gabriel Campanario, melalui forum dalam talian 'untuk semua pelakar di luar sana yang suka melukis bandar raya tempat tinggal mereka serta bandar raya yang dikunjungi mereka, daripada tingkap kediaman mereka, daripada sebuah kafe, di taman, sambil berdiri di selekoh jalan raya… sentiasa berada di lokasi, bukannya daripada foto atau ingatan.'

Lima buah bandar di Malaysia sudah pun menyertai misi ini dan Ipoh ialah salah satu daripadanya dengan penubuhan Urban Sketchers Ipoh. Urban Sketchers Ipoh menganggap entiti itu sebagai sebuah komuniti yang belajar bersama-sama, berkongsi, merasakan kegembiraan dan merekodkan detik-detik paling indah dengan lukisan untuk dikongsi dengan generasi yang seterusnya. Urban Sketchers Ipoh telah turut menyertai banyak acara kebudayaan dan amal yang selari dengan matlamat Urban Sketchers.